KUALA LUMPUR: Public Mutual Bhd, anak syarikat milik penuh Public Bank, mengumumkan agihan berjumlah lebih daripada RM103 juta untuk lima dana.

Pengagihan kasar yang diumumkan itu bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2022, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dana tersebut ialah Public Enterprises Bond Fund (dengan pengagihan kasar 2.75 sen seunit), Public Islamic Global Equity Fund (2.50 sen seunit), Public e-Flexi Allocation Fund (2.00 sen seunit), Public Islamic Advantage Growth Equity Fund (0.40 sen seunit), dan PB SmallCap Growth Fund (0.50 sen seunit).

Public Mutual ialah syarikat unit amanah persendirian terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 170 dana di bawah pengurusannya. - BERNAMA